Khamis, 4 Jun 2015

Hayati lukisan adaptasi dari puisi Sasterawan terkenal negara Allahyarham Usman Awang..
Kekasih

Rabu, 3 Jun 2015

Selasa, 2 Jun 2015



Jom Pakat Gi Masjid Kristal itulah tajuk lukisan yang dihasilkan pada tahun 2013 ini.
Okey kat sini sedikit sinopsis tentang lukisan genre realistik bersaiz 4'x7' ni..
Gambaran dua orang pelancong yang sedang menghayati keindahan Masjid Kristal menunjukkan Masjid Kristal menjadikan salah satu ikon pelancongan Terengganu & Malaysia amnya.
Dua orang pelajar tahfiz sedang menuju ke Masjid Kristal memperlihatkan pengisian rohani yang sering diadakan di Masjid Kristal iaitu antaranya program Tahfiz Cuti Sekolah Masjid Kristal.
Masjid Kristal bukan sahaja unik kerana senibina dan pengisian program yang dijalankan malah keindahan persekitarannya yang terletak di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man yang menghadap sungai Terengganu menyerlahkan lagi keindahannya. Gambaran bot penumpang River Cruise dan bot nelayan sedang menyusuri sungai Terengganu melengkapkan pakej unik tersendiri Masjid Kristal sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.

Jumaat, 29 Mei 2015


Telah menjadi komitmen kami untuk menghasilkan produk-produk yang berkualiti, asli dan eksklusif. Dengan pelancaran logo Art Mall ini, ianya akan menjadi pemangkin kepada Art Mall untuk memenuhi citarasa pelanggan yang sentiasa mencintai keindahan seni samada seni lukisan, fabrik dan sebagainya.
Logo dipersembahkan dalam bentuk kombinasi huruf A & M. Huruf A mengambarkan bentuk atap rumah Terengganu bagi menunjukkan produk kami berasal dari negeri Terengganu.
Huruf M digambarkan sebagai tiang-tiang yang berdiri teguh bagi membawa maksud kesungguhan dan kerja keras kami bagi menghasilkan produk-produk yang berkualiti.
Perkataan Art Mall menggunakan huruf jenis TrajanPro bagi mengambarkan keaslian dan eksklusif sesebuah produk yang dijual.
Bagi slogan pula 'colour of life' menggunakan font BrushScript bagi menunjukkan keceriaan dan kepuasan hati dengan memiliki barangan eksklusif Art Mall.
Keseluruhan logo menggunakan warna hitam & putih bagi mengambarkan identiti warna Terengganu.

Ahad, 24 Mei 2015

Lukisan bersaiz 3.5kaki x 4.5kaki ni menggunakan teknik impasto iaitu calitan warna-warna akrilik yang agak tebal..Sapuan warna mengunakan pallette knife telah menghasilkan kesan sapuan warna yang bersahaja dan unik.
Lukisan ni bertajuk Warna Warni Warisan Semalam...
Sedikit keterangan tentang lukisan ni..
Gambaran waktu malam Pintu Gerbang Istana Maziah yang dipenuhi dengan lampu berwarna warni. Kehadiran pelancong tempatan dan luar memeriahkan lagi suasana malam. Warna-warna ceria mengambarkan warisan senibina yang sentiasa dipelihara agar ianya sentiasa menjadikan tatapan untuk generasi akan datang.

Keunikan senibina monumen ini telah menjadikannya salah satu mercu tanda yang menarik negeri Terengganu. Sekitar kawasan Istana Maziah juga dihiasi dengan taman-taman indah sesuai untuk aktiviti riadah dan juga bersama keluarga.

Ahad, 17 Mei 2015

Lukisan Akrilik bersaiz 4'x9' ini adalah diilhamkan daripada rumah warisan melayu yang bersejarah..Rumah Hj Su..Terletak di Kampung Losong Haji Su, Terengganu. Berhampiran dengan gerai-gerai menjual keropok lekor yang popular di Terengganu. Rumah ini mempunyai berbagai keistimewaan salah satunya dibuat tanpa menggunakan paku sebaliknya menggunakan kaedah pasak..Buat masa sekarang rumah ni dalam proses baikpulih..InsyaaAllah akhir tahun ni akan kembali dibuka kepada pengunjung luar dan dalam negeri. Pihak Muzium & Kerajaan Terengganu bercadang nak jadikan rumah warisan ini sebagai Galeri Keropok Terengganu...
Tajuk lukisan 'Cinta Sejati Warisan Abadi' bagi mengambarkan sepasang pengantin yang mengabadikan potret perkahwinan disamping rumah warisan bersejarah. Rasa cinta sesama insan seakan mempunyai persamaan dalam mencintai warisan seni unggul Melayu zaman dahulu agar ianya tidak luput ditelan zaman..Semoga rasa cinta itu kekal selamanya....

Sabtu, 16 Mei 2015

Pembikinan lukisan cat akrilik bertemakan suasana hutan dalam 'Forest Series'..

Lukisan Galeri Dasar Laut, Pulau Bidong Terengganu

Lukisan diilhamkan dari Galeri Dasar Laut Pulau Bidong..Salah satu tarikan pelancongan baru Terengganu..Tukun tiruan dgn bentuk2 warisan Terengganu telah diletak di dasar laut pulau bidong bertujuan pembiakan terumbu karang...

Selasa, 24 Mac 2015

KAMI MENERIMA TEMPAHAN LUKISAN 
(Hiasan Rumah, Hadiah Harijadi, Pertunangan, Perkahwinan, Persaraan, Untuk Sahabat, Keluarga, Koleksi Peribadi, dan Lain-lain.) dalam bentuk potret hitam putih dan berwarna

HUBUNGI SAYA JIKA BERMINAT
....abadikan kenangan anda dengan eksklusiviti sebuah lukisan...