Jumaat, 29 Mei 2015
Telah menjadi komitmen kami untuk menghasilkan produk-produk yang berkualiti, asli dan eksklusif. Dengan pelancaran logo Art Mall ini, ianya akan menjadi pemangkin kepada Art Mall untuk memenuhi citarasa pelanggan yang sentiasa mencintai keindahan seni samada seni lukisan, fabrik dan sebagainya.
Logo dipersembahkan dalam bentuk kombinasi huruf A & M. Huruf A mengambarkan bentuk atap rumah Terengganu bagi menunjukkan produk kami berasal dari negeri Terengganu.
Huruf M digambarkan sebagai tiang-tiang yang berdiri teguh bagi membawa maksud kesungguhan dan kerja keras kami bagi menghasilkan produk-produk yang berkualiti.
Perkataan Art Mall menggunakan huruf jenis TrajanPro bagi mengambarkan keaslian dan eksklusif sesebuah produk yang dijual.
Bagi slogan pula 'colour of life' menggunakan font BrushScript bagi menunjukkan keceriaan dan kepuasan hati dengan memiliki barangan eksklusif Art Mall.
Keseluruhan logo menggunakan warna hitam & putih bagi mengambarkan identiti warna Terengganu.
Ahad, 24 Mei 2015
Lukisan bersaiz 3.5kaki x 4.5kaki ni menggunakan teknik impasto iaitu calitan warna-warna akrilik yang agak tebal..Sapuan warna mengunakan pallette knife telah menghasilkan kesan sapuan warna yang bersahaja dan unik.
Lukisan ni bertajuk Warna Warni Warisan Semalam...
Sedikit keterangan tentang lukisan ni..
Gambaran waktu malam Pintu Gerbang Istana Maziah yang dipenuhi dengan lampu berwarna warni. Kehadiran pelancong tempatan dan luar memeriahkan lagi suasana malam. Warna-warna ceria mengambarkan warisan senibina yang sentiasa dipelihara agar ianya sentiasa menjadikan tatapan untuk generasi akan datang.
Keunikan senibina monumen ini telah menjadikannya salah satu mercu tanda yang menarik negeri Terengganu. Sekitar kawasan Istana Maziah juga dihiasi dengan taman-taman indah sesuai untuk aktiviti riadah dan juga bersama keluarga.

Ahad, 17 Mei 2015
Lukisan Akrilik bersaiz 4'x9' ini adalah diilhamkan daripada rumah warisan melayu yang bersejarah..Rumah Hj Su..Terletak di Kampung Losong Haji Su, Terengganu. Berhampiran dengan gerai-gerai menjual keropok lekor yang popular di Terengganu. Rumah ini mempunyai berbagai keistimewaan salah satunya dibuat tanpa menggunakan paku sebaliknya menggunakan kaedah pasak..Buat masa sekarang rumah ni dalam proses baikpulih..InsyaaAllah akhir tahun ni akan kembali dibuka kepada pengunjung luar dan dalam negeri. Pihak Muzium & Kerajaan Terengganu bercadang nak jadikan rumah warisan ini sebagai Galeri Keropok Terengganu...
Tajuk lukisan 'Cinta Sejati Warisan Abadi' bagi mengambarkan sepasang pengantin yang mengabadikan potret perkahwinan disamping rumah warisan bersejarah. Rasa cinta sesama insan seakan mempunyai persamaan dalam mencintai warisan seni unggul Melayu zaman dahulu agar ianya tidak luput ditelan zaman..Semoga rasa cinta itu kekal selamanya....

Sabtu, 16 Mei 2015
Lukisan Galeri Dasar Laut, Pulau Bidong Terengganu
Lukisan diilhamkan dari Galeri Dasar Laut Pulau Bidong..Salah satu
tarikan pelancongan baru Terengganu..Tukun tiruan dgn bentuk2 warisan
Terengganu telah diletak di dasar laut pulau bidong bertujuan pembiakan
terumbu karang...
Langgan:
Catatan (Atom)