Isnin, 28 November 2016

Lukisan 3d "Kitty Cake". Lukisan ilusi optik menggunakan kaedah anamorphic untuk mendapatkan kesan khas 3d terbaik. Lukisan cake menggunakan medium akrilik diatas kertas. Semoga terhibur...



Art Mall....mewarnai hidup anda :)

Ahad, 20 November 2016

Lukisan suasana musim tengkujuh di Kg Seberang Takir Kuala Terengganu. Kelihatan aktiviti pagi hari dimana penduduk sekitar kampung ini makan disebuah kedai roti canai berhampiran jalan ke Jeti Bot Penambang Seberang Takir. Dikatakan kampung ini mendapat nama daripada kisahnya yang tersendiri. Pada zaman dahulu, Seberang Takir hanya dikenali dengan panggilan ‘Seberang’ sahaja dan tiada penduduk pun yang menetap di situ. Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin, negeri Terengganu mengamalkan sistem perundangan Islam.
Di antara undang-undang kanun ketika itu ada menyebut apabila seseorang rakyat Terengganu atau orang-orang yang bermastautin di Terengganu, jika ditangkap kerana mencuri atau sabit kesalahannya, maka dia akan dikenakan hukuman takir tangan ataupun takir kaki. Perkataan ‘takir’ di sini bermaksud kerat ataupun potong.

Jom raikan Tahun Melawat Terengganu 2017
Medium watercolour on 300gsm paper,
Size 56cm x 42cm
2016
*Available


#ArtMall..mewarnai hidup anda ;)
Pleinair with #MukeTuler #gallerypeter-persatuan pelukis Terengganu

Sabtu, 5 November 2016

Lukisan Bulatan Batu Bersurat yang terletak diBandar Kuala Terengganu, menyingkap sejarah kedatangan Islam terawal di Terengganu..Dianggarkan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum tahun 1326 atau 1386M.
Jom raikan Tahun Melawat Terengganu 2017
Medium watercolour on 300gsm paper,
Size 56cm x 42cm
2016
*Available



#ArtMall..mewarnai hidup anda

Khamis, 3 November 2016

Keindahan Masjid Kristal dikala fajar menyingsing, ikon pelancongan negeri Terenganu Darul Iman.
Terletak di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Jom raikan Tahun Melawat Terengganu 2017
Medium watercolour on 300gsm paper,
Size 56cm x 42cm
2016
*Available


#ArtMall...mewarnai hidup anda 


Khamis, 27 Oktober 2016

Penantian suatu memeritkan tanpa kesabaran..Lukisan bertajuk 'Suatu Penantian' ini adalah simbolik terhadap perasaan setiap insan yang mengharapkan sesuatu dalam kehidupan. Suasana hujan mengambarkan saat perit dan duka yang pasti akan berakhir apabila hujan reda. Inilah penting kesabaran yang dituntut agar kehidupan kita lebih bermakna.
Medium Oil on Canvas (Dry Brush)
Size 2'x3'


#ArtMall..mewarnai hidup anda

Isnin, 17 Oktober 2016

Lukisan disekitar Jalan Kampung Cina Kuala Terengganu, yang terletak dipinggir sungai Terengganu bandaraya ini antaranya menempatkan pusat perniagaan dan pelancongan warisan yang terkenal..

Medium Watercolour on 300gsm paper
Size A3
2016
*Available*

Sabtu, 15 Oktober 2016


Lukisan yang dirakam dari Taman Panorama ini memaparkan keindahan sebahagian landskap Bandaraya Kuala Terengganu.
 Antara tempat yang boleh kelihatan dari lokasi Taman Panorama ini ialah bangunan Wisma Darul Iman, Paya Bunga Square, Tabung Haji, Hotel Residence, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Jambatan Sultan Mahmud, Stadium Sultan Mizan, Lapangan Terbang Sultan Mahmud serta sungai Terengganu.

Medium Watercolour on 300gsm paper,
Size 56cm x 42cm
Tahun 2016
"Avalaible*

Jumaat, 14 Oktober 2016

"Seindah Teratak Zumi" itulah tajuk sebuah lukisan yang memaparkan keindahan & ketenangan rumah warisan lama yang terletak di Jalan Makam Lama Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Semoga ianya terus terpelihara untuk generasi akan datang..

Medium Watercolour on paper300gsm
Size A3
2016
*NFS*

Khamis, 13 Oktober 2016

Lukisan Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu, Pantai Batu Burok merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah Kuala Terengganu, ini kerana ianya terletak di kawasan yang strategik, berhampiran pusat bandar kuala Terengganu. Disini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti taman permainan, gerai2 makan, tempat persembahan awam. Jika puas berjalan boleh menaiki kereta kuda berhias disekitar pantai yang indah ini. Raikan Tahun Melawat Terengganu 2017

di sini ada kereta kuda berhias untuk anda naik bersiar-siar di sekitar pantai.

Baca post asal di http://www.jomjalan.com.my/listing/pantai-batu-buruk

di sini ada kereta kuda berhias untuk anda naik bersiar-siar di sekitar pantai.

Baca post asal di http://www.jomjalan.com.my/listing/pantai-batu-buruk/
di sini ada kereta kuda berhias untuk anda naik bersiar-siar di sekitar pantai.

Baca post asal di http://www.jomjalan.com.my/listing/pantai-batu-buruk/
sini ada kereta kuda berhias untuk anda naik bersiar-siar di sekitar pantai.

Baca post asal di http://www.jomjalan.com.my/listing/pantai-batu-buruk/
sini ada kereta kuda berhias untuk anda naik bersiar-siar di sekitar pantai.

Baca post asal di http://www.jomjalan.com.my/listing/pantai-batu-buruk/
sini ada kereta kuda berhias untuk anda naik bersiar-siar di sekitar pantai.

Baca post asal di http://www.jomjalan.com.my/listing/pantai-batu-buruk/
Medium Watercolour on paper300gsm
Size A4
2016
*Available*

Rabu, 12 Oktober 2016

Lukisan Bandaraya Kuala Terengganu,
Medium Watercolour on paper300gsm
Size A5
2016
*Available*

 


SMS@Whatsapp
019-9999533 / 019-9748575
email: armuntaha@gmail.com / mail_keri@yahoo.com
Art Mall..mewarnai hidup anda ;

Selasa, 11 Oktober 2016

Lukisan suasana waktu petang Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu. Jom raikan Tahun Melawat Terengganu 2017.

Medium Watercolour on paper300gsm
Size A4
2016
*Available*
Musim tengkujuh bakal melanda Pantai Timur, lukisan suasana Bandaraya Kuala Terengganu ketika musim hujan berlatarbelakangkan bangunan Wisma Darul Iman.

Medium Watercolour on paper300gsm
Size A3
2016
*Available*

Isnin, 10 Oktober 2016

Lukisan Jambatan Sultan Mahmud berlatarbelakang Bukit Besar, siap dibina pada 1990. Dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kini ianya popular sebagai lokasi pertandingan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud.
Medium Watercolour on paper300gsm
Size A5
2016
*Available*


Untuk tempahan lukisan,
SMS@Whatsapp
019-9999533 / 019-9748575
email: armuntaha@gmail.com / mail_keri@yahoo.com
Art Mall..mewarnai hidup anda

Sabtu, 8 Oktober 2016

Bagi pelancong2 tak sah jika tidak berkunjung ke Pasar Besar Kedai Payang, lokasi mendapatkan pelbagai barangan batik, songket, tembaga serta cendaramata. Raikan Tahun Melawat Terengganu 2017

Medium Watercolour on paper300gsm
Size A5
2016
*Available*
SMS@Whatsapp
019-9999533 / 019-9748575
email: armuntaha@gmail.com / mail_keri@yahoo.com
Art Mall..mewarnai hidup anda ;)
#beautifulterengganu
Sekitar Bandaraya Pesisir Air Kuala Terengganu..

Jom berkunjung ke Negeri Cantik Budaya Menarik..
Tahun Melawat Terengganu 2017 ;)

Medium Watercolour on paper300gsm
Size A4
2016
*Available*

Khamis, 6 Oktober 2016

Sebuah lukisan cat air yang memaparkan keindahan Pantai Batu Pelanduk, Dungun, Terengganu
Jom berkunjung ke Negeri Cantik Budaya Menarik..
Tahun Melawat Terengganu 2017 ;)

Medium Watercolour on paper300gsm
Size A4
2016
*Available*