Isnin, 28 November 2016

Lukisan 3d "Kitty Cake". Lukisan ilusi optik menggunakan kaedah anamorphic untuk mendapatkan kesan khas 3d terbaik. Lukisan cake menggunakan medium akrilik diatas kertas. Semoga terhibur...



Art Mall....mewarnai hidup anda :)

Ahad, 20 November 2016

Lukisan suasana musim tengkujuh di Kg Seberang Takir Kuala Terengganu. Kelihatan aktiviti pagi hari dimana penduduk sekitar kampung ini makan disebuah kedai roti canai berhampiran jalan ke Jeti Bot Penambang Seberang Takir. Dikatakan kampung ini mendapat nama daripada kisahnya yang tersendiri. Pada zaman dahulu, Seberang Takir hanya dikenali dengan panggilan ‘Seberang’ sahaja dan tiada penduduk pun yang menetap di situ. Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin, negeri Terengganu mengamalkan sistem perundangan Islam.
Di antara undang-undang kanun ketika itu ada menyebut apabila seseorang rakyat Terengganu atau orang-orang yang bermastautin di Terengganu, jika ditangkap kerana mencuri atau sabit kesalahannya, maka dia akan dikenakan hukuman takir tangan ataupun takir kaki. Perkataan ‘takir’ di sini bermaksud kerat ataupun potong.

Jom raikan Tahun Melawat Terengganu 2017
Medium watercolour on 300gsm paper,
Size 56cm x 42cm
2016
*Available


#ArtMall..mewarnai hidup anda ;)
Pleinair with #MukeTuler #gallerypeter-persatuan pelukis Terengganu

Sabtu, 5 November 2016

Lukisan Bulatan Batu Bersurat yang terletak diBandar Kuala Terengganu, menyingkap sejarah kedatangan Islam terawal di Terengganu..Dianggarkan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum tahun 1326 atau 1386M.
Jom raikan Tahun Melawat Terengganu 2017
Medium watercolour on 300gsm paper,
Size 56cm x 42cm
2016
*Available



#ArtMall..mewarnai hidup anda

Khamis, 3 November 2016

Keindahan Masjid Kristal dikala fajar menyingsing, ikon pelancongan negeri Terenganu Darul Iman.
Terletak di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Jom raikan Tahun Melawat Terengganu 2017
Medium watercolour on 300gsm paper,
Size 56cm x 42cm
2016
*Available


#ArtMall...mewarnai hidup anda